1. Periksa keseluruhan pokok sama ada daun atau bunga tampak
segar dan sekata.
2. Periksa tanah yang ada dalam pasu, adakah ia lembap, kering atau terlalu
kering. Tanah ynagterlalu kering tidak dapat menyimpan air walaupun disiram.
3. Beli pokok hiasan yang dalam polibeg (yang warna hitam tu) kerana lebih murah
daripada yang dalam pasu.
4. Pilih pasu yang sesuai mengikut saiz dan ketinggian pokok.
5. Bersihkan pasu, tutup lubang air dengan pasu dengan ketulan batu atau
serpihan pasu supaya tanah tak terkeluar.
6. Masukkan tanah hingga memenuhi 1 per 4 (1/4) daripada ketinggian pasu.
7. Taburkan baja dan gaul dengan tanah.
8. Masukkan pokok yang paling tinggi di bahagian tengah diikuti pokok yang lebih
kecil di sekelilingnya.
9. Tambah tanah hingga penuh atau sekurang-kurangnya 3cm
daripada permukaan pasu.
10. Siram perlahan-lahan dan biarkan air menyerap hingga ke lapisan bawah.