Saturday 6 October 2012

TIPS PERABOT TAMAN



# Bahan untuk perabot laman sebaiknya tahan panas dan hujan kerana 
   kebiasaannya  ia diletakkan dalam laman tanpa bumbung.

# Bahan perabot juga hendaklah yang tidak menyerap haba panas 
   bagi mengelakkan hanya boleh digunakan pada waktu tertentu sahaja.










# Saiz dan ukuran serta kuantiti perabot hendaklah bersesuaian 
   dengan saiz keluasan keseluruhan laman yang ada bagi mengelakkan 
   laman kelihatan berserabut dan telalu padat.

# Elakkan memilih kusyen atau hiasan fabrik untuk ruang terbuka
   bagi menghindari kepudaran warna atau terkena hujan.

# Bajet perlu selari dengan kemampuan anda bagi mengelakkan 
   pembaziran.

# Pemilihan perabot yang mudah diperolehi dan diganti sangat 
   digalakkan kerana citarasa sering berubah mengikut peredaran 
   zaman.