NATURE
naturegraphic merupakan syarikat maya (online) yang akan berunding secara dalam talian dengan para pelanggan kami. Kami menyediakan perkhidmatan rundingan bagi merekabentuk taman impian di rumah anda. Lukisan pembentangan akan disertakan bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Saturday, 20 October 2012
Wednesday, 17 October 2012
PASTIKAN TANAH BERSALIRAN BAIK
"kaedah untuk menghalang tanaman berpasu
daripada menghadapi masalah takungan"
Kehadiran pasu sebagai ornamen tambahan di taman mampu memberi impak
visual serta melengkapkan lagi penampilan taman. Malah kehadiran pasu amat
penting tidak kira sama ada berbentuk ringkas atau sarat dengan motif,
pattern dan corak.
" kecil atau besar jika anda bijak memilih dan memadankan
dengan tanaman dan konsep taman, tak mustahil ia
memberikan satu impak dan kelainan dalam taman anda!!! "
Sesetengah penggemar pasu mempunyai cara tersendiri dalam memaksimumkan
fungsi sesebuah pasu tersebut. Ada yang hanya mempamerkan ia di sudut-sudut
tertentu dan ada juga yang menyua padan dengan tumbuhan kegemaran.
Jika anda bercadang ingin menanam pokok di dalam pasu, pastikan anda
meletakkan batu-bata atau sebarang penyendal di bahagian bawah pasu
tersebut. Kaedah ini adalah salah satu cara untuk mewujudkan sistem saliran
yang baik untuk struktur tanah di dalam pasu berkenaan.
Andainya anda meletakkan pasu tersebut secara langsung di atas permukaan
tanah, ia sebenarnya akan menutup terus lubang saliran pasu tersebut seterusnya
akan menyebabkan air bertakung. Lama kelamaan tanah yang mempunyai
kandungan air berlebihan akan membuatkan akar pokok mereput dan
seterusnya mati.
Tuesday, 16 October 2012
TAMAN JEPUN OH TAMAN JEPUN !!!
Nilai estetika pada taman Jepun begitu tinggi dengan gabungan terpenting
iaitu air terjun, batu dan pokok. Elemen ini mencipta simbol istimewa
menerusi sentuhan halus dalam pembuatannya. Seakan membawa suatu kejiwaan
yang disemai dalam masyarakat Jepun, keseluruhan hiasan serta tata rias
meyakinkan kita bahawa mereka mempunyai nilai kesenian dan tataterbib
yang terlalu tinggi.
Sebagaimana air yang menjadi unsur utama di dalam kehidupan ini,
ternyata penerapan yang lebih menjurus ke arah kejiwaan bertepatan
dengan konsep taman idaman. Taman Jepun atau Zen sememangnya tidak
lari daripada unsur lembut dan semula jadi.
Elemen air seperti biasa dapat menyumbang kepada ketenangan persekitaran
dengan jatuhan air ke kolam bagaikan alunan muzik. Malah air juga memberi
kesan dalam menyederhanakan suhu sekeliling.
Monday, 15 October 2012
Tropika moden
salam sejahtera kepada pembaca yang budiman..
Kali ini saya ingin berkongsi gambar2 landskap gaya tropika moden yang menjadi
kegilaan saya ni.. :) hihi.. :)
bolehla kutip2 idea.. :)
Saturday, 13 October 2012
MEMILIH RUMPUT UNTUK HALAMAN KEDIAMAN
Kegunaan : Perkara pertama yang harus terlintas di fikiran anda ialah apakah
fungsi rumput yang bakal menghiasi halaman kediaman anda. Anda mahukan
rumput lasak sebagai kawasan anak-anak bermain ataupun rumput dengan
tekstur halus dan cantik sebagai hiasan.
Tahap penjagaan : nilai tahap komitmen yang mampu anda berikan
sekiranya anda memilih jenis rumput tersebut. Contohnya dari pembajaan,
memotong rumput, membuang rumput liar dan sebagainya..
Persekitaran kawasan : Kebisaannya rumput memerlukan sekurang-
kurangnya enam cahaya matahari penuh. Oleh itu seandainya persekitaran
taman anda terlindung daripada cahaya matahari maka situasi kritikal ini
perlu diberi perhatian sebelum menanam rumput.
Kos penjagaan rumput : Terdapat rumput yang memerlukan lebih banyak
perbelanjaan dari segi racun dan baja.
Friday, 12 October 2012
Keistimewaan perkhidmatan kaedah baru kami!!
Berikut adalah contoh-contoh pelan cadangan yang telah direkabentuk oleh kami.
Setelah anda memiliki pelan cadangan dan angaran kos ini anda
mempunyai 2 pilihan atau cara untuk merealisasikan taman impian anda.
2 pilihan tersebut adalah :
1. D.I.Y (Do It Your Self)
Kaedah ini amat sesuai kepada mereka yang gemar untuk bercucuk
tanam disamping pelan cadangan landskap yang hanya menyelitkan
elemen hardscape yang sangat minima. Tempoh waktu untuk menyiapkan
taman anda adalah bergantung kepada diri anda sendiri.
2. Mengupah kontraktor landskap
Kaedah ini amat popular kepada mereka yang berkemampuan
dari segi kewangan. Pun begitu, jika pelan cadangan yang
diterima mempunyai cadangan hardscape yang minima, kos
untuk mengupah kontraktor adalah sederhana dan kaedah
ini adalah berbaloi bagi anda.
SEBELUM
SELEPAS
mempunyai 2 pilihan atau cara untuk merealisasikan taman impian anda.
2 pilihan tersebut adalah :
1. D.I.Y (Do It Your Self)
Kaedah ini amat sesuai kepada mereka yang gemar untuk bercucuk
tanam disamping pelan cadangan landskap yang hanya menyelitkan
elemen hardscape yang sangat minima. Tempoh waktu untuk menyiapkan
taman anda adalah bergantung kepada diri anda sendiri.
2. Mengupah kontraktor landskap
Kaedah ini amat popular kepada mereka yang berkemampuan
dari segi kewangan. Pun begitu, jika pelan cadangan yang
diterima mempunyai cadangan hardscape yang minima, kos
untuk mengupah kontraktor adalah sederhana dan kaedah
ini adalah berbaloi bagi anda.
TIPS PENJAGAAN BUNGA ROS
# Anda harus menyiramnya 2 kali sehari iaitu pagi dan petang
# Pokok perlu dibaja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali
# Bagi mereka yang mahu membina taman mawar perlulah memastikan tanah
yang digunakan sesuai iaiti adanya canpuran tanah kompos yang
mengandung sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.
# Bersihkan kawasan dan buang batu - batu kecil kerana
AKAR ROS SANGAT SENSITIF.
# Pokok mawar memerlukan cahaya matahari dan air yang secukupnya. Namun,
air berlebihan tidak baik untuk pokok.
# Tanah pokok bunga ros haruslah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu
digembur terlalu dalam kerana bimbang 'mencederakan' akar.
( SEKALI LAGI DIINGATKAN, AKAR POKOK BUNGA ROS SANGAT2
SENSITIF!!! )
# Bunga ros MESTILAH dicantas untuk mendapatkan bunga yang banyak.
Ia perlu dicantas setipa kali selepas bunga gugur. Dahan yang dicantas
perlulah sepanjang kira - kira 15cm daripada tangkai bunga yang gugur.
Subscribe to:
Posts (Atom)