Wednesday 17 October 2012

PASTIKAN TANAH BERSALIRAN BAIK



 "kaedah untuk menghalang tanaman berpasu 
                 daripada menghadapi masalah takungan"


Kehadiran pasu sebagai ornamen tambahan di taman mampu memberi impak 
visual serta melengkapkan lagi penampilan taman. Malah kehadiran pasu amat 
penting tidak kira sama ada berbentuk ringkas atau sarat dengan motif,
pattern dan corak.



" kecil atau besar jika anda bijak memilih dan memadankan

                dengan tanaman dan konsep taman, tak mustahil ia 
                
                   memberikan satu impak dan kelainan dalam taman anda!!! "




Sesetengah penggemar pasu mempunyai cara tersendiri dalam memaksimumkan
fungsi sesebuah pasu tersebut. Ada yang hanya mempamerkan ia di sudut-sudut
tertentu dan ada juga yang menyua padan dengan tumbuhan kegemaran.


Jika anda bercadang ingin menanam pokok di dalam pasu, pastikan anda 
meletakkan batu-bata atau sebarang penyendal di bahagian bawah pasu 
tersebut. Kaedah ini adalah salah satu cara untuk mewujudkan sistem saliran 
yang baik untuk struktur tanah di dalam pasu berkenaan.

Andainya anda meletakkan pasu tersebut secara langsung di atas permukaan 
tanah, ia sebenarnya akan menutup terus lubang saliran pasu tersebut seterusnya 
akan menyebabkan air bertakung. Lama kelamaan tanah yang mempunyai 
kandungan air berlebihan akan membuatkan akar pokok mereput dan 
seterusnya mati.

Tuesday 16 October 2012

TAMAN JEPUN OH TAMAN JEPUN !!!



Nilai estetika pada taman Jepun begitu tinggi dengan gabungan terpenting
iaitu air terjun, batu dan pokok. Elemen ini mencipta simbol istimewa
menerusi sentuhan halus dalam pembuatannya. Seakan membawa suatu kejiwaan
yang disemai dalam masyarakat Jepun, keseluruhan hiasan serta tata rias 
meyakinkan kita bahawa mereka mempunyai nilai kesenian dan tataterbib
yang terlalu tinggi.





Sebagaimana air yang menjadi unsur utama di dalam kehidupan ini,
ternyata penerapan yang lebih menjurus ke arah kejiwaan bertepatan
dengan konsep taman idaman. Taman Jepun atau Zen sememangnya tidak 
lari daripada unsur lembut dan semula jadi.





Elemen air seperti biasa dapat menyumbang kepada ketenangan persekitaran
dengan jatuhan air ke kolam bagaikan alunan muzik. Malah air juga memberi
kesan dalam menyederhanakan suhu sekeliling.














Monday 15 October 2012

Tropika moden


salam sejahtera kepada pembaca yang budiman..


Kali ini saya ingin berkongsi gambar2 landskap gaya tropika moden yang menjadi
kegilaan saya ni.. :) hihi.. :)


bolehla kutip2 idea.. :)












Saturday 13 October 2012

MEMILIH RUMPUT UNTUK HALAMAN KEDIAMAN


Kegunaan : Perkara pertama yang harus terlintas di fikiran anda ialah apakah
fungsi rumput yang bakal menghiasi halaman kediaman anda. Anda mahukan 
rumput lasak sebagai kawasan anak-anak bermain ataupun rumput dengan 
tekstur halus dan cantik sebagai hiasan.


Tahap penjagaan : nilai tahap komitmen yang mampu anda berikan 
sekiranya anda memilih jenis rumput tersebut. Contohnya dari pembajaan, 
memotong rumput, membuang rumput liar dan sebagainya..


Persekitaran kawasan : Kebisaannya rumput memerlukan sekurang-
kurangnya enam  cahaya matahari penuh. Oleh itu seandainya persekitaran 
taman anda terlindung daripada cahaya matahari maka situasi kritikal ini 
perlu diberi perhatian sebelum menanam rumput.


Kos penjagaan rumput : Terdapat rumput yang memerlukan lebih banyak
perbelanjaan dari segi racun dan baja. 







Friday 12 October 2012

Keistimewaan perkhidmatan kaedah baru kami!!



Berikut adalah contoh-contoh pelan cadangan yang telah direkabentuk oleh kami.


SEBELUM






SELEPAS
 


Setelah anda memiliki pelan cadangan dan angaran kos ini anda 
mempunyai 2 pilihan atau cara untuk merealisasikan taman impian anda.
2 pilihan tersebut adalah :


1. D.I.Y (Do It Your Self)
Kaedah ini amat sesuai kepada mereka yang gemar untuk bercucuk 
tanam disamping pelan cadangan landskap yang hanya menyelitkan 
elemen hardscape yang sangat minima. Tempoh waktu untuk menyiapkan 
taman anda adalah bergantung kepada diri anda sendiri.


2. Mengupah kontraktor landskap
Kaedah ini amat popular kepada mereka yang berkemampuan 
dari segi kewangan. Pun begitu, jika pelan cadangan yang 
diterima mempunyai cadangan hardscape yang minima, kos 
untuk mengupah kontraktor adalah sederhana dan kaedah 
ini adalah berbaloi bagi anda.





TIPS PENJAGAAN BUNGA ROS




# Anda harus menyiramnya 2 kali sehari iaitu pagi dan petang

# Pokok perlu dibaja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali

# Bagi mereka yang mahu membina taman mawar perlulah memastikan tanah 
   yang digunakan sesuai iaiti adanya canpuran tanah kompos yang 
   mengandung sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.

# Bersihkan kawasan dan buang batu - batu kecil kerana  
   AKAR ROS SANGAT SENSITIF.

# Pokok mawar memerlukan cahaya matahari dan air yang secukupnya. Namun,
   air berlebihan tidak baik untuk pokok.

# Tanah pokok bunga ros haruslah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu
   digembur terlalu dalam kerana bimbang 'mencederakan' akar.
   ( SEKALI LAGI DIINGATKAN, AKAR POKOK BUNGA ROS SANGAT2 
    SENSITIF!!! )

# Bunga ros MESTILAH dicantas untuk mendapatkan bunga yang banyak.
   Ia perlu dicantas setipa kali selepas bunga gugur. Dahan yang dicantas
   perlulah sepanjang kira - kira 15cm daripada tangkai bunga yang gugur.